Tuesday, 31 December 2013

TAHUN BARU (Buat Teman Seagama)

Pada tiap kali 31 Disember,kita akan sibuk menghubungi rakan sebaya untuk menyatakan azam masing masing.Ada juga yang sempat bergurau senda dalam kenyataan mereka.Buat pasangan kekasih pula memasang janji mengikat asmara,sahabat karib mencari jalan indah yang baru.Sungguh manis apabila difikirkan.....

NAMUN,

Sedarkah kita bahawa kita terlambat dalam menyediakan diri untuk tahun baru kerana Muharram yang bersinggah di hari kita hampir pulang ke asalnya.Safar yang menanti akan membawa seribu rintangan baru.Dimana doa akhir tahun tatkala dibaca selepas asarmu.Kemana menghilang doa awal tahun pabila maghrib menjemput.Mengapa kita terlalu mudah untuk melupakan semua ini.Sedarlah teman seperjuanganku bahawa kita telah hampir kecundang dalam meneruskan perjalanan hidup ini.Jadikanlah notaku ini sebagai tunjang pemikiran agar kita sama sama mengecapi kebahgiaan dunia dan akhirat.
INSYAALLAH.

Salam dariku,
Tok Lanang

Monday, 25 November 2013

Kasih Dan Sayang

Anugerah Rabbi yang abadi
Perlu dicari biarpun dari mimpi
Ikhlasnya budi tatkala memberi
Munafik itu pembunuh seligi

Sering berdamping ke sana ke mari

Andai sendiri tak lengkap diri
Kurniaan tuhan yang Maha Agung
Kasih dan sayang persaan terulung

Kerana ia tidak tersesat umat

Kerana ia wujudnya syafaat
Tiada tandingan nukilan insan
Jiwa itu adalah hak Ar-Rahman


Bukti kasih-Nya adalah Syurga,
Mengampun khilaf umat manusia,
Menyemai muafakat sesama makhluk,
Indah kurniaan dari yang Esa.

Kasih dan sayang saling bertaut, kerasnya hati menjadi lembut.


Tuesday, 8 November 2011

Pemergian

Satu kalimah yang banyak menimbulkan rasa simpati dan kesedihan
Pemergian dari dunia ini mahupun dari satu tempat untuk ke tempat yang lain
namun sedarkah kita bahawa ini semua mengajar kita erti menghargai dan ketabahan
Andai dia pergi dari dunia ini kita harus tabah menghadapi segala kedukaan yang menimpa dan haruslah meneruskan perjalanan hidup ini dengan penuh kesabaran
Sebelum kita kehilangan belajarlah untuk menghargai sebelum terlambat kerana pemergian itu adakalanya pergi tak kembali lagi
Pergi tak kembali itulah pergi untuk menghadap ilahi
Sabarlah wahai insan yang menghadapi pemergian insan yang disayangi dan berhentilah menangis kerana setitis airmatamu menangisi pemergiaannya akan menyeksa roh di sana
Berdoalah selalu agar roh itu tenteram dan aman selalu
amalan menjadi bekalan serta sedekah yang dimanfaatkan dan doa dari mereka yang soleh  itu adalah kekuatan bagi mereka untuk diuji di sana
Pemergian terakhir ini mengajar kita erti keinsafan untuk perbaiki segala khilaf semasa bernyawa di bumi ini


Dediakasi untuk diriku yang rindukan pemergian saudaraku yang masih aku terasa kini

Tuesday, 1 November 2011

KASIHANI MEREKA

Hidup mereka tak berbapa tak beribu
Sendiri menanggung derita di hati
Bukan niat mereka untuk menagih simpati namun takdir menentukan untuk kita belajar erti mengasihani
Berilah mereka ruang untuk bermanja seperti merasai kasih orang tua sendiri
Andai kita di tempat mereka apakah kita akan setabah mereka yang memang ditakdirkan untuk hidup sendiri
Marilah kita bersama mendoakan kesejahteraan mereka untuk kehidupan di hari muka
Hulurkan tangan ringankan beban 
bersama kita menghayati erti sebuah kehidupan

Bersamalah kita menghayati lagu ini untuk melahirkan rasa kasih dan belas terhadap mereka yang menagih kasih ayah dan ibu
Hatiku menangis setiap kali mendengarnya


Thursday, 20 October 2011

PENGORBANAN SI AYAH

Setiap hari memerah keringat membawa kebahagiaan kerumahmu
dengan rezeki yang ditempa tanpa mengira kudrat
Aku menangis disaat teringat akan dirimu yang sering berkorban biarpun hakikatnya kau tiada dayanya lagi
Urat urat tua yang kelihatan itu kau sembunyikan kepenatan harianmu untuk mengelak dari anak anakmu menangis kerananya
namun sedarkah engkau akan kami ini yang sentiasa peka dengan apa yang berlaku kepada dirimu 
Maafkan daku wahai ayah andai sering melukai hatimu


Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan


Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa

Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan



BABA INI KHAS BUAT BABA YANG ORG SAYANG SELALU
SAYANG BABA

Monday, 10 October 2011

JASA BONDA

Saat kita membuka mata untuk pertama kali insan yang paling gembira di dunia ini adalah insan yang bergelar ibu kepada kita
Insan yang melahirkan kita ke dunia dengan mengharung derita melawan maut yang hanya di hujung baringan
Mendukung kita selama 9 bulan 10 hari di dalam perutnya tidak pernah mengenal erti putus asa kerana baginya nyawa insan yang dikandung itu lebih penting dari nyawa sendiri

Pernahkah kita terfikir bagaimana harus kita lakukan untuk membalas segala jasa ibu yang melahirkan kita di dunia ini??

Tiada apa yang dapat membalas jasa si ibu biarpun kita berkorban nyawa kerana tanpanya pasti kita tiada di dunia ini untuk merasa berhidup sebagai khalifah di bumi ini

Sedarlah pada mereka yang masih dapat bersama ibumu di saat ini untuk terus menabur bakti dan budi kerana mereka yang kini tiada lagi tempat mengadu hanya dapat berdoa untuk kesejahteraan kepada ibu mereka

Bayangkan di saat kau tidur di sebelah ibumu dan melihat matanya dipejam dan tiada bukanya lagi pada keesokan harinya apakah kau menyesal kerana belum sempat memohon ampun kepadanya sebelum dia pergi buat selamanya
 Berdoalah untuk dia ....


Marilah kita menghayati lagu ini

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Saturday, 20 August 2011

TOK LANANG: UNGU

TOK LANANG: UNGU: Mungkin warna bertuah buatku walaupun aku amat menggemari warna laut namun ungu membuat aku bahagia kerana warna itu telah membawa sinar bar...