Tuesday, 8 November 2011

Pemergian

Satu kalimah yang banyak menimbulkan rasa simpati dan kesedihan
Pemergian dari dunia ini mahupun dari satu tempat untuk ke tempat yang lain
namun sedarkah kita bahawa ini semua mengajar kita erti menghargai dan ketabahan
Andai dia pergi dari dunia ini kita harus tabah menghadapi segala kedukaan yang menimpa dan haruslah meneruskan perjalanan hidup ini dengan penuh kesabaran
Sebelum kita kehilangan belajarlah untuk menghargai sebelum terlambat kerana pemergian itu adakalanya pergi tak kembali lagi
Pergi tak kembali itulah pergi untuk menghadap ilahi
Sabarlah wahai insan yang menghadapi pemergian insan yang disayangi dan berhentilah menangis kerana setitis airmatamu menangisi pemergiaannya akan menyeksa roh di sana
Berdoalah selalu agar roh itu tenteram dan aman selalu
amalan menjadi bekalan serta sedekah yang dimanfaatkan dan doa dari mereka yang soleh  itu adalah kekuatan bagi mereka untuk diuji di sana
Pemergian terakhir ini mengajar kita erti keinsafan untuk perbaiki segala khilaf semasa bernyawa di bumi ini


Dediakasi untuk diriku yang rindukan pemergian saudaraku yang masih aku terasa kini

Tuesday, 1 November 2011

KASIHANI MEREKA

Hidup mereka tak berbapa tak beribu
Sendiri menanggung derita di hati
Bukan niat mereka untuk menagih simpati namun takdir menentukan untuk kita belajar erti mengasihani
Berilah mereka ruang untuk bermanja seperti merasai kasih orang tua sendiri
Andai kita di tempat mereka apakah kita akan setabah mereka yang memang ditakdirkan untuk hidup sendiri
Marilah kita bersama mendoakan kesejahteraan mereka untuk kehidupan di hari muka
Hulurkan tangan ringankan beban 
bersama kita menghayati erti sebuah kehidupan

Bersamalah kita menghayati lagu ini untuk melahirkan rasa kasih dan belas terhadap mereka yang menagih kasih ayah dan ibu
Hatiku menangis setiap kali mendengarnya