Pada tiap kali 31 Disember,kita akan sibuk menghubungi rakan sebaya untuk menyatakan azam masing masing.Ada juga yang sempat bergurau senda dalam kenyataan mereka.Buat pasangan kekasih pula memasang janji mengikat asmara,sahabat karib mencari jalan indah yang baru.Sungguh manis apabila difikirkan.....
NAMUN,
Sedarkah kita bahawa kita terlambat dalam menyediakan diri untuk tahun baru kerana Muharram yang bersinggah di hari kita hampir pulang ke asalnya.Safar yang menanti akan membawa seribu rintangan baru.Dimana doa akhir tahun tatkala dibaca selepas asarmu.Kemana menghilang doa awal tahun pabila maghrib menjemput.Mengapa kita terlalu mudah untuk melupakan semua ini.Sedarlah teman seperjuanganku bahawa kita telah hampir kecundang dalam meneruskan perjalanan hidup ini.Jadikanlah notaku ini sebagai tunjang pemikiran agar kita sama sama mengecapi kebahgiaan dunia dan akhirat.
INSYAALLAH.
Salam dariku,
Tok Lanang