Monday, 25 November 2013

Kasih Dan Sayang

Anugerah Rabbi yang abadi
Perlu dicari biarpun dari mimpi
Ikhlasnya budi tatkala memberi
Munafik itu pembunuh seligi

Sering berdamping ke sana ke mari

Andai sendiri tak lengkap diri
Kurniaan tuhan yang Maha Agung
Kasih dan sayang persaan terulung

Kerana ia tidak tersesat umat

Kerana ia wujudnya syafaat
Tiada tandingan nukilan insan
Jiwa itu adalah hak Ar-Rahman


Bukti kasih-Nya adalah Syurga,
Mengampun khilaf umat manusia,
Menyemai muafakat sesama makhluk,
Indah kurniaan dari yang Esa.

Kasih dan sayang saling bertaut, kerasnya hati menjadi lembut.