Tuesday, 31 May 2011

RINDU

Rindu itu adalah rasa yang dikurniakan olehNYA kepada para hamba..Rindukan segala kenangan yang melibat diri sendiri secara langsung ataupun tidak langsung menjadikan kita lebih tabah kerana rindu itu menjadi tiang penguat benteng kehidupan sendirian..

Tatkala aku meridui dia
 pasti aku mendoakan agar DIA bahagia
 dan sentiasa dalam keadaan yang sejahtera.
Aku mohon agar dia tenang walaupun ketiadaanku di sisinya.
Anugerah rasa ini aku abadikan  dengan
potongan doa agar semua yang aku harapakan menjadi
kenyataan

Dengan rasa ridu yang ada akan aku coretkan menjadi puisi indah 
untuk aku kenangkan pada masa kemudian 
dan insyaAllah menjadi teladan pada mereka yang akan merasai semua ini kelak

Manusia sering menjadikan pantai sebagai saksi bulan sebagai hakim dan pepohon sebagai khalayak yang menonton segala keindahan yang kita alami

Para pujangga melengkapkan madahnya dengan ciptaan ilahi 
agar puisinya itu indah dan menjadikan para perindu asyik dalam melafazkannya

nukilanku
tok lanang


ALAM YANG MENYIMPAN SEJUTA RAHSIA PENCIPTA

PARA PERINDU MULA MENCARI RAHSIA SEJUTA RASA

KEHIDUPAN INI

Kehidupan di bumi ini adalah sementara namun andai kita arif dalan mengisinya dengan kebaikan maka kebahagiaan yang kekal akan kita perolehi di sana kelak.

Duhai sahabat para pembaca ku tulis semua ini bukanlah semata mata kerana ingin mencipta nama tetapi hanya menjadi peringatan kepadaku dan anda sahabatku..

Marilah kita sama sama berdoa agar kita dapat bersama mendiami JannahNYA..

Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn


InsyaAllah

Saturday, 28 May 2011

SUNYI

Dalam ketiadaan pasti ianya hadir menemani bersama mengharung masa sehingga sampai ke destinasi kehidupan ini..
Satu perasaan yang kadangkala membawa kepada mudarat diri.Tapi pada yang ahli dalam pemikiran pasti  hikmah ini digunakan untuk muhasabah diri agar kebaikan dan kesenangan yang akan dirasai pada kemudian hari..
Tatlaka aku merindu pada yang Esa akanku tadahkan tanganku memohon agar dikurniakan rasa kemanisan iman dan rindu padaNYA akan kekal selamanya.
Rinduku pada cintaku akan menjadi tiang untuk aku bersandar agar aku dapat berdiri teguh bersama naungan cinta dan sayangnya padaku yang tiada sempadan..
Kasih..akan aku mencintaimu sepenuh hatiku tanpa sebarang wasangka..
Selagi ada asa akanku buktikan bahawa aku setia padamu selamanya...




Aku yang kesunyian
tok lanang

Friday, 20 May 2011

PERLUKAH AKU TERUS MENULIS

Perlukah aku terus menulis
Andai ada yang tidak jiwainya
Perlekeh setiap incinya
Melontar kataku ke pinggir hidup

Mereka berterusan mencari khilafku
Hingga aku tiuk tanpa lena
Pundak rebeh kerana beban itu
Dari fajar bertemu subuhku

Pabila aku akhirkan semuanya
Aku dibentak oleh naluriku
Mengenang akan segelintir insan
Yang menanti nukil jiwaku

Perlukah aku terus menulis
Untuk mereka yangg menjadi penguatku 
Tiang dirian penyokong hidupku
Himpunan kecil ahli majlis

Apakah tulisan aku ini adalah nasihat
Atau pemikiran yang menyakitkan
Melihat akan kepelikkan dunia
Atau mengata mereka belaka

Perlukah aku terus menulis
Mungkinkah mereka yang menentukan
Mestikah aku yang memutuskan
Apakah ini rahsia dunia kerana masa

Perlukah aku terus menulis














fikiranku,
tok lanang