Dalam ketiadaan pasti ianya hadir menemani bersama mengharung masa sehingga sampai ke destinasi kehidupan ini..
Satu perasaan yang kadangkala membawa kepada mudarat diri.Tapi pada yang ahli dalam pemikiran pasti hikmah ini digunakan untuk muhasabah diri agar kebaikan dan kesenangan yang akan dirasai pada kemudian hari..
Tatlaka aku merindu pada yang Esa akanku tadahkan tanganku memohon agar dikurniakan rasa kemanisan iman dan rindu padaNYA akan kekal selamanya.
Rinduku pada cintaku akan menjadi tiang untuk aku bersandar agar aku dapat berdiri teguh bersama naungan cinta dan sayangnya padaku yang tiada sempadan..
Kasih..akan aku mencintaimu sepenuh hatiku tanpa sebarang wasangka..
Selagi ada asa akanku buktikan bahawa aku setia padamu selamanya...
Aku yang kesunyian
tok lanang
No comments:
Post a Comment