Perlukah aku terus menulis
Andai ada yang tidak jiwainya
Perlekeh setiap incinya
Melontar kataku ke pinggir hidup
Mereka berterusan mencari khilafku
Hingga aku tiuk tanpa lena
Pundak rebeh kerana beban itu
Dari fajar bertemu subuhku
Pabila aku akhirkan semuanya
Aku dibentak oleh naluriku
Mengenang akan segelintir insan
Yang menanti nukil jiwaku
Perlukah aku terus menulis
Untuk mereka yangg menjadi penguatku
Tiang dirian penyokong hidupku
Himpunan kecil ahli majlis
Apakah tulisan aku ini adalah nasihat
Atau pemikiran yang menyakitkan
Melihat akan kepelikkan dunia
Atau mengata mereka belaka
Perlukah aku terus menulis
Mungkinkah mereka yang menentukan
Mestikah aku yang memutuskan
Apakah ini rahsia dunia kerana masa
Perlukah aku terus menulis
fikiranku,
tok lanang
uih...bole tahan :)
ReplyDelete