Sunday, 24 July 2011

Angin Pembawa RINDU

Pabila tiba saat lelapkan mata angin datang membawa berita
Berita rindu akan para pujangga mencari ritma
Kedamaian dalam keriuhan suara sumbang
Ketenangan jiwa tidak mungkin diperoleh untuk mereka yang kecundang

Angin membawa berita Ramadhan akan tiba
Perginya Syaaban tanpa mereka sedari
Melentur dahan yang hampir patah
Tidak mungkin membuahkan hasil yang sempurna

Mereka yang bersujud mencari ketenangan
Hati berdetak memohon kemaafan
Pada yang alpa terus lalai berkejaran
Mencari nikmat yang sekadar sementara

Di saat aku menulis semua ini ,
Angin masih bertiup kencang membawa berita 
Membawa khabar yang indah belaka
Namun tercalit duka kerana ada yang masih leka
Berteriak mabuk kerana dunia

Angin pembawa rindu kepada Ramadhan yang mulia
Rindu pada Syaaban yang hampir pulang ketempatnya
Rindu aku kepada yang Esa
Rindu Kasih Rindu Cinta pada Maha Kuasa

Tok Lanang

Tuesday, 19 July 2011

MALAMKU TANPA LUKISAN

Malamku tanpa lukisan

Entah apa yan aku rasakan kini
 Pabila lena malamku tanpa menjenguk wajahnya

 Hanya kekosongan yang tidak dapat di isi lagi.
Kesunyian yang tidak mungkin ada bunyi yang mengundang riuh
Malam kelam yang tidak dapat diterangi dengan cahaya bulan
Hanya dingin bayu menemani  langkah longlai

Aku menyedari bahawa lukisan indahku telah hilang tiada ketemu
Membuat aku sumbang menapak langkah
Meraba tepian yang tidak wujud
Menerpa bayang yang tidak tercapai jirimnya

Kemanakah engkau menghilang wahai cendana
Pemujamu kini berlari mencari
Selagi asa yang dikumpul ada
Tidak pulang mencari bantal dan selimut

Pulanglah cendanaku
Aku menantimu sepanjang malam

Dedikasi untukmu SAYANG





Tuesday, 12 July 2011

ROLE PLAY ASIGNMENT

Yesterday is the day I realize that I've been accept by all people here and I can ignore about my problem here although I had face a big problem.I really into the asignment because I like to act especially as a one who lot of advices.

As I was happy last day I really hope that I could finish my study here and be a good English teacher someday.To all my fellas I wish that we be able reach our target here as a student.

I really hope that we earn good mark yesterday although we face few problem and do not have enough training but I satisfied because it's end with laugh and smile

Thanks all fellas.Pray for us InsyaAllah
aminnnnnn



Good luck fellas