Sunday, 24 July 2011

Angin Pembawa RINDU

Pabila tiba saat lelapkan mata angin datang membawa berita
Berita rindu akan para pujangga mencari ritma
Kedamaian dalam keriuhan suara sumbang
Ketenangan jiwa tidak mungkin diperoleh untuk mereka yang kecundang

Angin membawa berita Ramadhan akan tiba
Perginya Syaaban tanpa mereka sedari
Melentur dahan yang hampir patah
Tidak mungkin membuahkan hasil yang sempurna

Mereka yang bersujud mencari ketenangan
Hati berdetak memohon kemaafan
Pada yang alpa terus lalai berkejaran
Mencari nikmat yang sekadar sementara

Di saat aku menulis semua ini ,
Angin masih bertiup kencang membawa berita 
Membawa khabar yang indah belaka
Namun tercalit duka kerana ada yang masih leka
Berteriak mabuk kerana dunia

Angin pembawa rindu kepada Ramadhan yang mulia
Rindu pada Syaaban yang hampir pulang ketempatnya
Rindu aku kepada yang Esa
Rindu Kasih Rindu Cinta pada Maha Kuasa

Tok Lanang

No comments:

Post a Comment