Malamku tanpa lukisan
Entah apa yan aku rasakan kini
Pabila lena malamku tanpa menjenguk wajahnya
Hanya kekosongan yang tidak dapat di isi lagi.
Kesunyian yang tidak mungkin ada bunyi yang mengundang riuh
Malam kelam yang tidak dapat diterangi dengan cahaya bulan
Hanya dingin bayu menemani langkah longlai
Aku menyedari bahawa lukisan indahku telah hilang tiada ketemu
Membuat aku sumbang menapak langkah
Meraba tepian yang tidak wujud
Menerpa bayang yang tidak tercapai jirimnya
Kemanakah engkau menghilang wahai cendana
Pemujamu kini berlari mencari
Selagi asa yang dikumpul ada
Tidak pulang mencari bantal dan selimut
Pulanglah cendanaku
Aku menantimu sepanjang malam
Dedikasi untukmu SAYANG
No comments:
Post a Comment